Friday, October 31, 2008

Koleksi soalan percubaan MRSM



Laman web MRSM membenarkan kita memuat turun soalan-soalan percubaan SPM dari maktab rendah sains mara secara percuma. Ia juga memuatkan semua soalan percubaan MARA dari tahun 2000 hingga 2008.

Untuk memuat turun soalan-soalan percubaan dari MRSM, klik link di bawah:

Monologku

Assalamualaikum pembuka bicara.

Sedar tak sedar, saya telah menjadi seorang guru pada tahun 2007. Kenangan-kenangan manis kehidupan sebagai pelajar dari sekolah menengah hingga ke universiti sentiasa dikenang:-)

Kehidupan sebagai seorang guru tidak semudah yang disangka sebelum ini... Tekanan dari pihak atasan, ibu bapa serta pelajar sendiri menyebabkan saya hampir patah semangat untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi.

Saya juga mendapati guru-guru di sekolah mempunyai masalah untuk mendownload soalan-soalan percubaan negeri di internet kerana sesetengah laman web disekat oleh websense sekolah akibat menggunakan laman peer-to-peer file sharing.

Jadi saya telah mengambil kepuusan untuk membina blog ini dengan harapan dapat menolong pembaca semua mendapatkan info-info dengan lebih mudah berkenaan pendidikan di Malaysia.

Ini termasuklah dari pelajar darjah satu hingga bakal siswazah peringkat ijazah sarjana muda.

Semoga dengan usaha saya ini dapat meningkatkan martabat kita sebagai insan yang cemerlang amin:-)