Sunday, March 22, 2009

kata kata perangsang untuk semua

" Mistakes are lessons of wisdom. When you make mistakes dont look back , but move forward, think positive. Although the past cannot be changed, the future is still in your hands"

Ciri-ciri pelajar cemerlang 2

Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

1. taat kepada Allah

2. Hormat kedua ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka.

3. Menghormati dan menyayangi guru serta tidak segan bertanya dan berinteraksi dengan guru.

4. Berkawan dengan kawan yang bersifat positif

5. Bersedia membantu kawan yang memerlukan bantuan

6. Mahir mengenai strategidan teknik menjawab soalan

7. Mempunyai imej diri yang positif

8. Memberi ganjaran dan penghargaan kepada diri sendiri

9. Menjalani kegiatan riadah untuk menjaga kesihatan badan.

10.Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalanakan sebarang kegiatan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan

11.Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah

12.Sentiasa bertawakal.

14 Cara Menangani STRESS

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
  2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
  3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
  4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
  5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
  6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
  7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
  8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
  9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
  10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
  11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
  12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
  13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
  14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

BEBERAPA TIPS MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SAJEHTERA,

SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN,

PADA PEMERHATIAN SAYA, PARA PELAJAR SELALUNYA MENGAMBIL MUDAH CARA MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF. MAKLUMLAH...ADA PARA PELAJAR YANG ANGGAP SOALAN OBJEKTIF INI...MUDAH!....YA LAH CUMA PILIH DAN HITAMKAN....HEHE....TAK YAH BACA SOALAN PUN BOLEH JAWAB.

SOALAN OBJEKTIF BIASANYA DIBAHAGI KEPADA DUA JENIS IAITU:-

1. SOALAN ANEKA PILIHAN

CONTOH:- 1. SIAPA NAMA AWAK?

A)ABU
B)ALI
C)AH KAU
D)ARJUN

2. SOALAN ANEKA PELENGKAP

CONTOH :- 1. BERIKUT ADALAH FAKTOR - FAKTOR KEJAYAAN CEMERLANG
SESEORANG PELAJAR, KECUALI.

1. KERAJINAN BELAJAR
11. MEMPUNYAI JADUAL BELAJAR
111. MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN
1V. MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR

A) 1 DAN 11.
B) 11 DAN 1V.
C) 111 SAHAJA.
D) 1,11 DAN 1V.

SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN,

SELALUNYA PARA PELAJAR MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF DENGAN TERUS MENCARI JAWAPAN PALING TEPAT.CARA INI TIDAKLAH SALAH TETAPI KADANGKALA KITA AKAN KELIRU SERTA DALA KES - KES TERTENTU MENGAMBIL MASA YANG LAMA SEDANGKAN PERUNTUKAN MASA BAGI SETIAP SATU SOALAN OBJEKTIF AGAK TERHAD.

BERIKUT INI BEBERAPA TIPS MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF:-

1. PAKAILAH PRINSIP MENCARI JAWAPAN YANG ANDA YAKIN PALING SALAH DALAM PILIHAN JAWAPAN DAN TERUS MEMANGKAHNYA SEHINGGALAH TINGGAL SATU JAWAPAN YANG PALING TEPAT.CARA INI SAYA FIKIR LEBIH BERKESAN DALAM MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN MENJIMATKAN MASA ...CONTOHNYA:-

1.YANG MANAKAH ANTARA BERIKUT INI, FAKTOR - FAKTOR KEJAYAAN
PRESTASI AKADEMIK SESEORANG PELAJAR?

1 MALAS BELAJAR
11 RAJIN BELAJAR
111 MEMPUNYAI BUKU LATIHAN YANG CANTIK
1V MEMPUNYAI SEKOLAH YANG CANTIK

A) 1 DAN 11.
B) 1, 11 DAN 111.
C) 11 SAHAJA
D) 1, 11 DAN 1V.

BAGI KES SOALAN SEBAGAI MANA DI ATAS, SETELAH KITA MEMBACA SOALAN TERSEBUT KITA DAPATI BAHAWA JAWAPAN 1 (MALAS BELAJAR) ... ADALAH JAWAPAN YANG KITA YAKINI PALING SALAH OLEH ITU,..LANGKAH SETERUSNYA IALAH MEMANGKAH DIPILIHAN JAWAPAN A,B,C DAN D YANG MEMPUNYAI JAWAPAN 1 ( MALAS BELAJAR )....
DALAM PILIHAN JAWAPAN A, B, C DAN D, KITA DAPATI BAHAWA HANYA JAWAPAN PILIHAN C (11 SAHAJA ) YANG TIDAK MEMPUNYAI JAWAPAN 1(MALAS BELAJAR), MAKA DENGAN ITU ANDA TERUSLAH SAHAJA MEMILIH JAWAPAN TERSEBUT SEBAGI JAWAPAN YANG PALING TEPAT SEKALIPUN TANPA MENELITI JAWAPAN 11, 111 DAN 1V. SELAMAT MENCUBA.

2. JAWAP SOALAN SENANG DAHULU DAN KEMUDIANKAN SOALAN YANG SUSAH
BAGI MENJIMATKAN MASA.

3. KADANGKALA TERDAPAT SOALAN-SOALAN YANG SANGAT MENGELIRUKAN IAITU MEMPUNYAI JAWAPAN YANG HAMPIR SAMA ATAU SEMUANYA DIRASAKAN BETUL....HATI - HATI DAN GUNLAH KAEDAH SEBAGIMANA DI ATAS TADI.

4. PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN PENSIL KAYU YANG DI SARANKAN (BIASANYA 2B) DALAM MENGHITAMKAN BULATAN JAWAPAN DI KERTAS JAWAPAN.

5. BERHATI-HATI KETIKA MENGHITAMKAN ATAU MEMADAM UNTUK MEMBUAT PEMBETULAN PADA KERTAS JAWAPAN ANDA.

6. PASTIKAN MAKLUMAT PERIBADI YANG TERDAPAT DIDALAM KERTAS JAWAPAN ANDA BETUL.

7. PASTIKAN ANDA TIDAK TERLALU LAMA DALAM MENJAWAB SATU - SATU SOALAN AGAR ANDA TIDAK KEHABISAN MASA.

...SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA...SALAM

Tips Mengulangkaji Sejarah PMR

Tips-tips Mengulangkaji Sejarah Tingkatan 1, 2 & 3

Setiap pelajar sudah tentu mempunyai strategi dan yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran. Biasanya strategi seseorang pelajar tidak serupa dengan strategi pelajar yang lain. Ia bergantung kepada keupayaan individu, persekitaran, pengalaman calon menduduki ujian atau peperiksaan yang lalu dan sebagainya.

Teknik atau strategi yang terbaik ialah yang selesa, sesuai, semula jadi dan anda fikir berkesan dengan cara anda! Oleh itu para pelajar hanya perlu membina strategi mengulang kaji pelajaran Sejarah berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut. Berikut adalah beberapa panduan atau teknik mengulang kaji mata pelajaran Sejarah bagi membantu para calon PMR 1996 membuat persediaan rapi.

  • Mengetahui topik-topik penting.

Calon perlu mengetahui beberapa maklumat penting mengenai topik-topik pelajaran Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga semasa membuat ulang kaji. Calon perlu mengetahui ciri-ciri utama soalan kertas Sejarah PMR termasuklah masa ujian, bilangan soalan, format soalan, kod kertas, topik-topik penting yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan dan sebagainya.

Jangan panik atau gementar jika calon belum mengulang kaji keseluruhan topik tersebut sepenuhnya. Lihat jadual yang disertakan di bawah ini sebagai panduan. Beri keutamaan kepada topik-topik penting yang menjadi minat anda dahulu.

Selalunya topik-topik penting akan diberi tumpuan semasa membuat ulang kaji. Kemudian diikuti dengan topik-topik yang lain. Buat ulang kaji dengan penuh minat dan ketekunan kerana minat dan ketekunan akan menyebabkan pembelajaran anda akan lebih tersusun! Dengan cara ini anda akan mengulang kaji topik-topik yang lebih sukar dan mencabar tanpa rasa bosan atau terpaksa.

Anda juga boleh membuat ulang kaji dan tumpuan yang lebih kepada topik-topik yang agak sukar dan mencabar dan mengurangkan penekanan kepada topik yang anda fikir lebih mudah dikuasai. Calon akan mengulang kaji dengan cekap dan seimbang bagi setiap topik untuk memperoleh hasil yang maksimum.

Tahun

1993

1994

1995

Tingkatan Satu 25% 30% 23%
Tingkatan Dua 32% 32% 35%
Tingkatan Tiga 43% 38% 42%
Jumlah Soalan 60% 60% 60%

Peratus kekerapan soalan PMR Sejarah KBSM secara keseluruhan


  • Mengulangkaji secara sistematik dan kronologi.

Peristiwa dan fakta sejarah biasanya disusun mengikut kronologi. Calon-calon perlu mengulangkaji tajuk-tajuk yang mempunyai fakta dan peristiwa yang terlalu padat mengikut susunan iaitu yang dahulu didahulukan, dan yang kemudian dikemudiankan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan bagi mengingat fakta dan peristiwa penting seperti tajuk di rajah 1 dan rajah 2.

Cadangan penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman
27 Mei 1961
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Julai 1961
Suruhanjaya Cobbald
19 Februari - 17 April 1962
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Ogos 1962
Rujuksuara/Referendum di Singapura
1 Sept 1962
Brunei menolak cadangan Malaysia
Julai 1963
Rombongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Sabah dan Sarawak
16 Ogos - 5 Sept 1963
Pengisytiharan Malaysia
16 Sept 1963

Rajah 1 : Gagasan Malaysia sehingga penubuhannya pada 1963

Pentadbiran Tentera British
(1945)
Malayan Union
(1946)
Persekutuan Tanah Melayu
(1948)
Sistem Ahli
(1951)
Pilihan raya Majlis Bandaran
(1952)
Pilihan raya Umum
(1955)
Rundingan Merdeka (London)
(1956)
Suruhanjaya Reid
(1956)
Persetujuan Perlembagaan London
(Mei 1957)
Merdeka
(31 Ogos 1957)

Rajah 2 : Bentuk pentadbiran sehingga kemerdekaan

Berdasarkan Laporan Prestasi PMR 1993,1994 mata pelajaran Sejarah KBSM yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kebanyakan calon gagal menjawab dengan baik soalan yang berdasarkan peta, petikan, carta aliran, dialog dan penyataan kerana sering keliru dan tidak dapat mengaitkannya dengan sesuatu tajuk tertentu. Cuba huraikan fungsi setiap jawatankuasa suruhanjaya berikut sebagai latihan.

  1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
  2. Jawatankuasa antara kerajaan (JAK)
  3. Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu (MacMichaelmore)
  4. Suruhanjaya Reid

Jika pelajar dapat menghuraikannya dengan baik, anda tidak mempunyai masalah mengulang kaji tanpa mengikut urutan!


  • Pertarikhan dalam mata pelajaran Sejarah

Peristiwa dan fakta Sejarah memang tidak boleh dipisahkan dengan tarikh. Perlu diingat, soalan Sejarah PMR dan KBSM tidak begitu membebankan pelajar dengan begitu banyak tarikh yang perlu diingat atau dihafal. Memadailah dengan mengingat atau menghafal tarikh penting atau kurun itu sahaja. Jika tarikh itu kurang penting, cuba ingati peristiwa penting pada awal, pertengahan atau akhir kurun tersebut. Lihat panduan dalam jadual 5 dan jadual 6 .

Tahun Tokoh Tempat
1831-1832 Dol Said Naning
1875 Maharaja Lela
Tok Sagor
Perak
1875 Yamtuan
Tengku Antah
Negeri Sembilan
1853 Rentap Sarawak
(Sungai Skrang)
1859 Syarif Masahor Sarawak
(Sarikei)
1891-1895 Dato' Bahaman
Tok Gajah
Pahang
1894-1900 Mat Salleh Sabah
(Sungai Sugut)

Jadual 5 : Penentangan tokoh tempatan terhadap British pada abad ke-19

Tahun Tokoh Tempat
1902 Banting Sarawak
(Batang Lupar)
1915 Tok Janggut Kelantan
(Pasir Putih)
1915 Antanum Sabah
(Rundum)
1922-1928 Haji Abdul Rahman Limbung Terengganu
(Kuala Brang)

Jadual 6 : Penentangan tokoh tempatan terhadap British pada abad ke-20


  • Mengkaji perjanjian penting

Terdapat banyak perjanjian penting yang memberi kesan kepada perkembangan sejarah politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap satu perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat-syarat atau isi yang berbeza dengan perjanjian yang lain. Malah lebih hebat lagi ia memberi implikasi yang bukan sedikit kepada negara kita. Antaranya ialah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau Perjanjian London 1824.

Sebab-sebab perjanjian London ditandatangani

  • Belanda membantah pembukaan Singapura dan mendakwa bahawa Singapura di bawah pengaruh mereka.
  • Sejak dibuka, Singapura terus berkembang dengan pesat dan perdagangannya bertambah.
  • Badan perdagangan di London dan Calcutta mendesak kerajaan British supaya terus menduduki Singapura. Kerajaan British ingin bersahabat dengan Belanda demi menjaga kepentingan masing-masing di Timur.
  • Pada 17 Mac 1824, kedua-dua kerajaan menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda atau Perjanjian London.

Isi-isi penting Perjanjian London


  • Singapura, Tanah Melayu dan India menjadi kawasan pengaruh British.
  • Wilayah di Selatan Singapura termasuk Riau-Lingga dan Hindia Timur menjadi kawasan pengaruh Belanda.
  • Belanda melepaskan tuntutannya ke atas Singapura dan mengakui Singapura sebagai tanah jajahan British.
  • Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
  • British menyerahkan Bangkahulu (Bencolen) kepada Belanda.
  • Belanda akan mengekalkan monopoli perdagangan di Pulau Maluku.
  • Belanda akan membayar RM100,000 kepada British untuk menyelesaikan hutangnya.
  • Perjanjian monopoli bijih timah di antara Belanda dengan Negeri-negeri Melayu akan dibatalkan.

Kesan-kesan penting perjanjian tersebut


  • Gugusan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua bahagian. British bebas meluaskan kuasanya di Tanah Melayu tanpa gangguan Belanda.
  • Empayar Johor-Riau juga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kepulauan Riau-Linggi di bawah pengaruh Belanda dan tanah besar Johor di bawah pengaruh British.
  • Empayar Johor-Riau telah berakhir; Pahang (iaitu jajahan Johor) mengambil kesempatan membebaskan diri daripada kawalan Johor.
  • Pahang diperintah oleh keluarga Bendahara.
  • Singapura kekal sebagai tanah jajahan British.

Cuba fahami setiap perjanjian-perjanjian penting, faktor-faktor yang menyebabkan termeterainya sesuati perjanjian, isi-isi perjanjian dan kesan selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Contoh perjanjian-perjanjian yang popular dan sering dikemukakan dalam peperiksaan PMR ialah:

    • Perjanjian Inggeris - Belanda 1824
    • Perjanjian Burney 1826
    • Perjanjian Pangkor 1874
    • Perjanjian Persekutuan 1896
    • Perjanjian Bangkok 1909
    • Perjanjian Persekutuan 1966 dan lain-lain.

  • Sumbangan tokoh-tokoh penting tanah air.

Cuba ulang kaji juga mengenai biografi tokoh-tokoh penting negara seperti Maharaja Abu Bakar, Dato' Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Abdul Razak bin Hussein, Ibrahim Yaakob, Dr Burhanuddin Al Helmi, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Fokuskan kejayaan utama dan sumbangan mereka kepada negara. Walau bagaimanapun bacalah juga butir-butir peribadi mereka, pendidikan, latar belakang dan gambar foto mereka yang terdapat di dalam buku teks untuk memudahkan pelajar mengecam wajah tokoh-tokoh tersebut.


  • Bersedia dengan soalan berbentuk stimulus.

Para pelajar diminta membiasakan diri dengan soalan berbentuk peta, pernyataan, petikan, carta,graf, gambarajah, puisi, gambar foto, ilustrasi, maklumat peristiwa, situasi, dialog, perbilangan jadual, senarai dan sebagainya. Pelajar yang telah membiasakan diri dengan bentuk soalan seperti ini semasa membuat ulangkaji akan lebih menguasai sesuatu tajuk dengan cepat dan cekap.


  • Membuat nota.

Pelajaran Sejarah tidak pernah membebankan pelajar dengan sesuatu yang terlalu mencabar hingga susah dicapai oleh kebanyakan pelajar. Apa yang penting, pelajar memahami sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri. Pelajar yang asyik membaca tetapi masih kabur dan tidak memahami topik yang dibaca perlu mengambil langkah berikut:

-membaca teks buku rujukan

- menggariskan fakta yang dianggap penting

- membaca sambil mencatat nota

Cara pertama memakan masa lebih-lebih lagi kalau buku rujukan terlalu tebal dan pelajar mungkin mengalami kesusahan untuk menghabiskannya. Oleh itu pelajar perlu bersedia sejak awal lagi.

Teknik kedua juga lebih berkesan asalkan pelajar tidak terlalu cenderung untuk menggaris sehingga semua perkataan di dalam teks turut digaris!

Cara ketiga paling berkesan kerana nota yang dibuat adalah ringkas dan dianggap penting. Cara ini menjimatkan masa dan tenaga kerana pelajar yang kurang memahami sesuatu maklumat penting akan membaca teks asal semasa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.


  • Ulang kaji soalan lalu.

Calon PMR yang gemar menjawab soalan-soalan PMR Sejarah yang lalu akan lebih bersedia, lebih yakin, lebih bersemangat dan meramal bentuk atau format soalan akan datang. Mengetahui contoh-contoh soalan tahun lepas sangat berguna kepada calon. Ia memberi gambaran bagaimana sesuatu soalan dikemukakan, bilangannya, taburannya dan kekerapan setiap topik disoal.

Ini diakui ramai guru-guru Sejarah kerana Lembaga Peperiksaan sendiri sering mengeluarkan laporan analisis jawapan calon-calon PMR beberapa tahun lalu pada setiap tahun. Daripada analisis laporan tersebut para guru boleh mengetahui kelemahan yang dilakukan oleh setiap calon tahun lepas. Dengan cara inilah calon dapat membaiki kelemahan dan membaiki kelemahan tersebut semasa membuat ulangkaji.


  • Soalan ramalan.

Guna soalan ramalan bukan untuk meneka atau meramal soalan yang akan keluar. Soalan ramalan digunakan untuk membuat latihan dan menguji keupayaan calon sahaja. Jika soalan ramalan yang anda jawab itu keluar, anggaplah ia kebetulan atau sebagai bonus sahaja. Ini disebabkan soalan ramalan memang diragui ketepatannya. Jadi jangan terlalu percaya kepada soalan ramalan hingga tidak mahu mengulangkaji pelajaran.


  • Meneka jawapan dalam peperiksaan.

Boleh, jika calon tidak pernah menduga atau calon benar-benar tidak tahu soalan dan mengganggu jawapan yang dikemukakan. Bagaimanapun anda harus meneka secara bijak iaitu dengan membuat pilihan yang anda pasti betul dan membuang pilihan yang sudah pasti salah. Kemudian pilih jawapan yang paling tepat sehaja daripada pilihan jawapan yang tinggal. Lebih baik meneka daripada tidak menjawab langsung!


  • Membuat latihan sendiri.

Selalulah mencuba membuat latihan sendiri di rumah semasa membuat ulang kaji untuk menilai kelemahan diri sendiri di samping membuat latihan atau ujian yang diberikan oleh guru Sejarah anda di kelas. Apa yang penting ialah para pelajar harus mencuba dan terus mencuba latihan yang dibuat sendiri tanpa perasaan jemu atau terpaksa! Akhirnya, ia akan menjadi satu kebiasaan belajar yang berkesan.

Kebiasaan menjawab sesuatu latihan akan menjadikan seseorang pelajar menjadi mahir dalam topik yang disoal atau dikemukakan. Jika pelajar mengamalkannya maka pelajar kurang menghadapi masalah dalam pelajaran tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta sejarah bahkan sentiasa berusaha untuk menjawab soalan yang lebih mencabar.


  • Habiskan ulang kaji sebelum bulan Ogos.

Anda mesti menghabiskan ulang kaji topik-topik penting mata pelajaran Sejarah sebelum atau pada bulan Ogos untuk memudahkan anda membuat latihan pelajaran lain juga. Jadi, pelajar harus mengisi masa yang terluang untuk membuat ulang kaji. Ingat, calon perlu mengasah kemahiran sendiri dengan menjawab soalan peperiksaan yang banyak demi kejayaan dan kecemerlangan pencapaian semua mata pelajaran yang diambil dengan seimbang. Calon bukan berhadapan dengan kertas mata pelajaran Sejarah sahaja. Pelajaran lain juga perlu masa belajar yang seimbang.


  • Minat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Minat merupakan pendorong kuat yang dapat menggalakkan ke arah kejayaan bagi merangsang calon untuk terus belajar. Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh membantu calon meminati pelajaran Sejarah. Antaranya anda perlu mengingati nama-nama tokoh (negarawan) sebagaimana anda mengingati nama-nama jaguh sukan negara. Anda juga boleh memgembangkan aspek-aspek yang digemari atau disukai dalam kehidupan pelajar dengan mata pelajaran Sejarah. Sekiranya anda ingin menjadi seorang peguam, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk membolehkan anda mencapai cita-cita tersebut.


Seterusnya, untuk memperkembangkan minat terhadap pelajaran Sejarah, anda perlu meluangkan masa menonton filem-filem sejarah, mengunjungi pameran bercorak sejarah dan membuat perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan pelajar. Contohnya bila anda melihat Masjid Negara, anda dapat membayangkan fakta sejarah agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Begitu juga dengan melihat gambar bangunan Parlimen, anda boleh membuat interpretasi negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Dengan melawat Tugu Negara anda pernah mempelajari pahlawan kita yang terkorban kerana melawan komunis semasa darurat dan sebagainya. Ingat!

  • Sesuatu subjek yang diminati lebih mudah diingati.
  • Minat boleh dibina dengan mencari serta memperkembangkan aspek yang digemari atau disukai.
  • Minat, kegemaran dan kemajuan saling dipadankan dengan cita-cita akan membantu kecemerlangan.
  • Minat membantu anda memaksa diri untuk berjaya !

Semoga Berjaya !!!

Friday, March 20, 2009

61 Tip Pelajar Cemerlang Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Tips Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Tip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.

Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.

Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

Tip 13
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

Tip 15
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.

Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.

Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 20
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.

Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.

Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.

Tip 24
Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.

Tip 25
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.

Tip 26
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.

Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.

Tip 28
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.

Tip 29
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.

Tip 30
Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.

Tip 31
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.

Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.

Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.

Tip 35
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.

Tip 36
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.

Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.

Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

Tip 39
Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.

Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.

Tip 41
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Tip 42
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Tip 43
Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan
yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.

Tip 44
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.

Tip 45
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.

Tip 46
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.

Tip 47
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Tip 48
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

Tip 49
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

Tip 50
Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.

Tip 51
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.

Tip 52
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Tip53
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.

Tip 54
Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran
positif.

Tip 55
Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.

Tip 56
Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.

Tip 57
Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.

Tip 58
Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.

Tip 59
Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.

Tip 60
Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.

Tip 61
Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang
Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Useful Links SPM STPM 2008/2009

Soalan percubaan SPM 2008

MRSM 2008
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Add Mth [Ans]

Physics [Ans]
Chemistry
Biology
Pendidikan Islam
Sejarah

Physics 123 [ANS]

Prinsip Perakauan - [K1] [K2]

SBP

Bahasa Melayu [ k1 ] [ k2 ]
Bahasa Inggeris [ k1 ] [ k2 ]
Sejarah [ k1 ] [ k2 ]
Pendidikan Islam [ k1 ] [ k2 ]

Mathematics [ P1 ] [ P2 ]

Add Maths [ P1 ] [ P2 ]
Physics [ P1 ] [ P2 ] [ P3 ][Ans ]

Chemistry [ P1 ] [ P2 ] [ P3 ][ Ans ]
Biology [ P1 ] [ P2 ] [ P3 ]

EST [ P1 ] [ P2 ]

Kedah

Bahasa Melayu [kertas 1] [kertas 2]
Jawapan : BM [kertas 1] [kertas 2]
Bahasa Inggeris [P 1] [P 2][scheme]
Jawapan: BI [kertas 1] [kertas 2]
Sejarah [kertas 1] [kertas 2]
Jawapan: Sejarah [kertas 1] [kertas 2]
Pendidikan Islam[kertas 1] [kertas 2]
Jawapan:Pendidikan Islam [K1] [K2]
Pendidikan Moral [ kertas ]
Jawapan: PM

Mathematics[P1] [P2][P2_ans]
Chemistry [P1] [P2] [P3] [Ans]

Biology [P1] [P2] [P3 ][ Ans ]
Physics [ P1 ] [ P2 ][ P3 ] [Ans]

Bahasa Cina [K1] [K2] [Jawapan]

Perak 2008

Bahasa Melayu [K1] [K 2] [ skema ]

Sejarah [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA]

Pendidikan Islam[K1] [K2][Jawapan]

Mathematics_zip[P1,2+ans]

Science [P1] [P2] [Ans]

Physics [P 1] [P 2][P 3]

Prinsip Akaun [P2]

Trial SPM Sabah 08

Kelantan

BM[K1] [K2]

Add Math

Sejarah K2

Pendidikan Islam

Chemistry [P1] [P2] [P3]

Physics [P 1], [P 2], [P3], [ANS]

Physics123

Johor2008

Bahasa Melayu [K1] [K2]

Bahasa Inggeris

Perdagangan [K1] [K2]

Mathematics [P1] [P2][P1ans][P2ans]

Additional Mathematics [P1] [ P2 ]

Science [P1] [P2]

Biology [ P1 ] [ P2 ] [ P3 ]
Chemistry [ P1 ] [P2 ] [ P3 ][ Ans ]
Sejarah [ K1 ] [ K2 ]
Pendidikan Islam [ K1 ] [ K2 ]
Prinsip akaun [ K1 ] [ K2 ]

PAHANG 2008

BM [K1] [K2]
BM [ansK1] [ansK2]

English [P1] [P2]
English [ansP1] [ansP2]

Add Math [P1] [P2]
Add Math [ansP1] [ansP2]

Mathematic(all)
Chinese [P1] [P2]
Chinese [ansP1] [ansP2]

PA

Chemistry

Mathematics

Chemistry123

Biology

Physics

Selangor

Chemistry [P1]

N9

BM [K1] [K2]

ADD Mth [ P1 ] [ P2 ] [ Ans1] [ Ans2]

Physics: [P 1], [P 2], [P3], [ANS]

Physics 123

Selangor

BM KLANG, K1 K2

Biology 1
Chemistry 1
Physic 1

Chemistry 123
Biology 123
Physics 123
Bahasa Melayu
Perlis

Physics - [P1] [P2] [P3]

Trengganu 2008

Bahasa Melayu [ K1 ] [ K2 ]

Bahasa Inggeris [ K1 ] [ K2 ]

Sejarah [K12]

Mathematics [K1] [K2]

Add Maths [ K1 ] [ K2 ]

Science [P1] [P2]

Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]

Chemistry [P123]

Physics [P123] (P3Ans) [skema]

Biology [ P1 ] [ P2 ] [ P3 ]

Perdagangan [K1] [K2]

PA [K1] [K2]

Trial SPM 08Melaka

BM 1 DAN 2 [ skema ]
English [ P1 ] [ P2 ] [Scheme]

Mathematics [P1] [P2]

Mathematics [ AnsP1 ] [ AnsP2]
ADD MATH [ P1 ] [ P2 ]

[Ans P1][ Ans P2]
SEJARAH [ K1 ][ K2 ][ Skema ]
PEND ISLAM [ K1 ] [ K2 ]
EST 1 DAN 2 [ skema ]
Physic [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
Biology [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
Chemistry [ P1 ] [ P2 ] [P3 ][ Ans ]